Tuesday 30 October 2012

BERPUASA


BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Pengertian Puasa                                                                                              (width : 153 / height : 122)

Menahan diri daripada makan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat pada malamnya.

2. Hukum puasa bulan Ramadhan :

Wajib ke atas orang Islam yang cukup syaratnya.

3. Hikmah/ faedah ibadah puasa : 

a. Melatih diri 
b. Memberi kerehatan kepada sistem penghadaman
c. bersyukur kepada Allah
d. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
e. Memberi keinsafan terhadap golongan yang tidak bernasib baik.

4. Syarat wajib puasa:

a. Islam
b. Baligh/Cukup Umur
c. Berakal
d. Sihat
e. Mampu Berpuasa
f. Menetap di suatu tempat

5. Rukun Puasa

a. Niat
b. Menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

6. Syarat Sah Puasa

a. Islam
b. Mumaiyyiz
c. Sempurna akal sepanjang hari
d. Suci daripada haid dan nifas
e. Tidak berpuasa pada hari yang diharamkan.

7. Hari-hari Yang Diharamkan Berpuasa

a. Hari Syak - 30 Syaaban
b. Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
c. Hari Tasyrik - 11, 12, 13 zulhijjah

8. Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa

a. Makan/minum dengan sengaja
b. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
c. Muntah dengan sengaja 
d. pengsan sepanjang hari
e. Gila
f. Haid, Nifas dan Wiladah
g. Bersetubuh di siang hari
h. Keluar Mani dengan sengaja
i. Murtad

9. Puasa yang telah batal wajib diganti (qada') pada hari dan dan bulan yang lain. (bukan dalam bulan Ramadhan)

10. Lafaz Niatnya
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

Maksudnya: Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari Qada' Kerana Allah Taala

Monday 29 October 2012

MAKSUD PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam boleh difahami dengan tiga maksud, iaitu:        (width : 153 / height : 122)

1.  Pendidikan Islam khas.  Hasan langgulung (1995) mengistilahkan  dengan Pendidikan Islam Terhad.  Ini merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah, Falak dan lain-lain.  Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.

2.  Pendidikan Islam Umum.  Ia melipuli segala bidang hidup manusia, seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media, teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain.  Maknanya, dalam setiap bidang itu ada pendidikan Islamnya.  Contohnya dalam ekonomi; kita boleh berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam ada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan sebagainya.  Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kira bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan sebagainya.  Demikianlah juga dengan bidang-bidang lain.  Secara rengkasnya Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam.  Untuk mengetahui apa yang disuruh dan apa yang dilarang memerlukan ilmu.  Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja, sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti.

3.   Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan.  Ia merangkkumi segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam.  Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian),  kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip Islam.  Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan.  Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja.  Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan.  Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal Sulam (Hasan langgulung 1991).  Jadi, sistem yang tampal sulam itu mengeluarkan guru yang tidak lebih daripada Guru Tampal Sulam.  Jadi pendidikan Islam itu ialah suatu yang luas dan bersifat holistik, bukan sempit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.

Saturday 27 October 2012

GAMBAR AKTIVITI


  
 Kem Bestari Solat 2012
          
         Kem Bestari Solat 21012
Kem Bestari Solat 2012

                                                           
                     



SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH

1848 – Biji timah dijumpai di Kelian Baru (Kamunting) oleh pembesar melayu(Long Jaafar).Ketika gajahnya berkubang di dalam lopak air terdapat bintik berkilat pada badan gajahnya (biji timah). Penempatan baru dibuka.Penduduk bertambah
1949 – Ketua kampung dan penduduk kampung Batu 4,Kamunting bergotong royong mendirikan bangsal 4 bilik darjah(120 orang murid,4 orang guru).Guru besar pertama Tuan Haji Basir B Awang
1951 – Pindah ke bangunan lain di jalan Kamunting Lama.Guru Besar,Tuan Haji Yusof Bin Awang
1953 – Pindah lagi ke bangunan baru papan,blok D-6 bilik darjah (170 orang murid pelbagai kaum ) dan bertukar  nama kepada Sekolah Rendah Kamunting
1959 – Penduduk terus bertambah. Wujud kawasan perkampungan dan penempatan baru. Bilangan murid bertambah 300 orang. Sebuah bangunan tambahan papan dibina (4 bilik darjah-blok C)
1964 – 3 buah rumah guru dibina.Pada 1986,2 buah telah dirobohkan(usang). Sebuah lagi dijadikan setor dan pada tahun 1995 telah diubahsuai menjadi Villa Ilmu. Dalam masa kurang sepuluh tahun murid bertambah menjadi 700 orang. Sekolah 2 sesi, pagi dan petang
1972 -  Jumlah murid 1000 orang. Sebuah bangunan baru (batu) 2 tingkat  (blok A) dan sebuah kantin. Bilangan guru 32 orang.
1977 -   Tukar nama dari Sekolah Rendah Kamunting kepada Sekolah Rendah Long Jaafar.
1981 - Jumlah murid 1132 orang (29 kelas -41 orang guru).Sebuah lagi  baru (2 tingkat ) dibina-blok B
1988 – Jumlah murid 1500 orang. Dua blok bangunan baru (3 tingkat) dibina-blok B