Pendidikan Islam boleh difahami dengan tiga
maksud, iaitu: (width : 153 / height : 122)
1. Pendidikan
Islam khas. Hasan langgulung (1995) mengistilahkan dengan Pendidikan Islam
Terhad. Ini merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang,
seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah
atau Sirah, Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali
ramai dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam
sekolah.
2. Pendidikan Islam Umum. Ia melipuli segala bidang hidup manusia,
seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi
media, mass media, teknikal, vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain.
Maknanya, dalam setiap bidang itu ada pendidikan Islamnya. Contohnya dalam
ekonomi; kita boleh berinteraksi antara sesama manusia untuk pembangunan
ekonomi, tetapi dalam Islam ada beberapa larangan semasa berinteraksi, seperti,
tidak boleh tipu, mungkir janji dan sebagainya. Di samping itu ada pula suruhan
dan anjuran, seperti mudahkan kira bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan
memudahkan orang lain dan sebagainya. Demikianlah juga dengan bidang-bidang
lain. Secara rengkasnya Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang
lain mengikut kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui
apa yang disuruh dan apa yang dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat
dengan begitu sahaja, sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada
orang yang mengerti.
3. Pendidikan Islam
juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkkumi segala aspek yang
berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan
mengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di
sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru,
pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum, sukatan pelajaran, buku
teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti berdasarkan kepada prinsip
Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak dinamakan
sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama Islam,
seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di
politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan. Kerana pengetahuan
Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan
atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang
mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan lahir daripada sistem,
sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau Pendidikan guru, misalnya, maktab
perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita
tidak dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal
Sulam (Hasan langgulung 1991). Jadi, sistem yang tampal sulam itu mengeluarkan
guru yang tidak lebih daripada Guru Tampal Sulam. Jadi pendidikan Islam itu
ialah suatu yang luas dan bersifat holistik, bukan sempit seperti yang difahami
oleh kebanyakan orang.
Suatu penerangan yang jelas. Teruskan usaha cikgu
ReplyDelete