Saturday 17 November 2012

HIKMAH BERPUASA


  • Melatih diri menjadi seorang hamba yang dekat dengan Allah
  • Menginsafi diri sendiri sebagai hamba Allah yang lemah
  • Melatih diri sentiasa taat kepada perintah Allah
  • Melatih diri agar menjadi orang yang amanah
  • Melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong-menolong
  • Menguatkan keimanan kepada Allah
  • Dapat menahan diri dari mengikut keinginan nafsu
  • Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah
  • Dapat menyucikan diri dan meninggikan tahap keikhlasan hati
  • Memelihara diri dari terjatuh ke lembah maksiat dan dosa
  • Menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin
  • Menerima ganjaran yang dijanjikan Allah jika ikhlas, dengan diampunkan dosa-dosa yang lalu
  • Menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap orang miskin yang hidup menderita
  • Dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita

2 comments:

  1. Blog ustazah "the best" padat dengan maklumat tentang ketinggian ilmu Islam serta dihiasi dengan pelbagai corak dan animasi yang menarik. Semoga ustazah dapat memaparkan lagi bahan tentang ketinggian ilmu keIslaman yang dapat membawa manfaat kepada semua pengunjung blog ustazah dan semoga diberkati-Nya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan cikgu. Blog yang tak seberapa adanya. Namun, saya akan menambahkan lagi bahan ilmu untuk dikongsi bersama. Terima kasih daun keladi, lain kali lawatlah lagi.❀

    ReplyDelete