Saturday, 22 December 2012

☛ KELEBIHAN RAMADHAN

  Beberapa Hadis Yang Berkaitan Dengan Kelebihan Ramadhan: 

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
"Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi"

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimana dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
"Imam Nasai'e, Ibn Majah, , Ibn Habban dan Baibaqi" 

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannnya (Ramadhan) penuh keimanan dan keihlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
"Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi"

Daripada Abu Hurairah telah berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya : Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah". Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).
"Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi"

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ada di tanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
"Imam  Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi"

Wednesday, 5 December 2012

✽ APA YANG MUSYKIL TENTANG IBADAH PUASA ✽

Bagaimana hukum seorang yang telah meninggal dunia meninggalkan puasa?

Jawab: 
Jika seseorang itu meninggal dunia sebelum dia membayar qada' puasanya dengan sebab dia sentiasa dalam keuzuran, seperti berpenyakit maka tidak diwajibkan terhadapnya qada', tetapi waris wajib memberi fidyah (secupak makanan asasi sehari), seterusnya tidak berdosa.

Makanan asasi bagi rakyat negara Malaysia


Bagaimana pula dengan orang tua yang tidak mampu hendak berpuasa?

Jawab:
Bagi orang yang terlalu tua tidak berdaya lagi untuk berpuasa, ataupun mengidap pelbagai kesukaran seperti sakit,tidak wajib ke atasnya berpuasa dan wajib ia memberi fidyah sehari dengan makan asasi yang biasa dimakan di dalam sesebuah negara.

Bagaimana hukum orang yang sakit di dalam bulan Ramadhan?

Jawab: Seseorang yang sakit di dalam bulan Ramadhan diharuskan berbuka puasa dengan syarat sakit yang dihidapi itu teruk. Tetapi jika sakitnya itu dikhuatiri membawa maut dengan sebab berpuasa, maka wajib baginya berbuka puasa. Apabila penyakitnya telah sembuh, wajib menqada' puasa yang ditinggalkan, tidk perlu mengeluarkan fidyah.
         Firman Allah s.w.t.:
"Maka seiapa antara kamu yang sakit atau dalam pelayaran (bolehlah berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang dibuka pada hari-hari lain" [Al-Baqarah: 184]



Bagaimana orang yang melambat-lambatkan qada' puasanya?

Jawab: Andainya seseorang sengaja melengah-lengahkan qada' puasanya dengan tiada keuzuran sehingga masuk bulan Ramadhan yang lain, wajib keatasnya mengqada' puasa serta mengeluarkan fidhyah terlebih dahulu mengikut beberapa hari puasa yang ditinggalkan.
 *Contoh: A meninggalkan empat hari pada tahun 2011, dia tidak mengqada' puasanya hingga masuk Ramadhan tahun 2012, bererti wajib ke atasnya mengeluarkan fidyah. sekiranya dia masih tidak mengqada' puasanya sehingg masuk Ramadhan tahun 2013, wajib baginya mengeluarkan fidyah tiap-tiap hari 3 cupak iaitu semuanya berjumlah 12 cupak.
Fidyah puasa hendaklah dibahagikan kepada orang-orang miskin dan fakir sahaja dengan memberi secupak beras setiap hari yang ditinggalkan. ukuran fidyah bagi secupak beras bersamaan dengan 900 gram.

✿ MUTIARA HADITH ✿

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?". Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah":


  1. Terlalu banyak seronok
  2. Terlalu mewah
  3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
  4. Tipu-menipu dalam merebut harta dunia
  5. Saling marah-memarahi
  6. Hasut-menghasut sehingga zalim-menzalimi
(Hadis riwayat Hakim)