Jawab:
Jika seseorang itu meninggal dunia sebelum dia membayar qada' puasanya dengan sebab dia sentiasa dalam keuzuran, seperti berpenyakit maka tidak diwajibkan terhadapnya qada', tetapi waris wajib memberi fidyah (secupak makanan asasi sehari), seterusnya tidak berdosa.
Makanan asasi bagi rakyat negara Malaysia |
Bagaimana pula dengan orang tua yang tidak mampu hendak berpuasa?
Jawab:
Bagi orang yang terlalu tua tidak berdaya lagi untuk berpuasa, ataupun mengidap pelbagai kesukaran seperti sakit,tidak wajib ke atasnya berpuasa dan wajib ia memberi fidyah sehari dengan makan asasi yang biasa dimakan di dalam sesebuah negara.
Bagaimana hukum orang yang sakit di dalam bulan Ramadhan?
Jawab: Seseorang yang sakit di dalam bulan Ramadhan diharuskan berbuka puasa dengan syarat sakit yang dihidapi itu teruk. Tetapi jika sakitnya itu dikhuatiri membawa maut dengan sebab berpuasa, maka wajib baginya berbuka puasa. Apabila penyakitnya telah sembuh, wajib menqada' puasa yang ditinggalkan, tidk perlu mengeluarkan fidyah.
Firman Allah s.w.t.:
"Maka seiapa antara kamu yang sakit atau dalam pelayaran (bolehlah berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak hari yang dibuka pada hari-hari lain" [Al-Baqarah: 184]
Bagaimana orang yang melambat-lambatkan qada' puasanya?
Jawab: Andainya seseorang sengaja melengah-lengahkan qada' puasanya dengan tiada keuzuran sehingga masuk bulan Ramadhan yang lain, wajib keatasnya mengqada' puasa serta mengeluarkan fidhyah terlebih dahulu mengikut beberapa hari puasa yang ditinggalkan.
*Contoh: A meninggalkan empat hari pada tahun 2011, dia tidak mengqada' puasanya hingga masuk Ramadhan tahun 2012, bererti wajib ke atasnya mengeluarkan fidyah. sekiranya dia masih tidak mengqada' puasanya sehingg masuk Ramadhan tahun 2013, wajib baginya mengeluarkan fidyah tiap-tiap hari 3 cupak iaitu semuanya berjumlah 12 cupak.
Fidyah puasa hendaklah dibahagikan kepada orang-orang miskin dan fakir sahaja dengan memberi secupak beras setiap hari yang ditinggalkan. ukuran fidyah bagi secupak beras bersamaan dengan 900 gram.
Assalamualaikum... Blog ustazah sangat menarik dan banyak ilmu tentang amalan puasa boleh didapati. Tahniah!
ReplyDelete